Sek Rendah Bistari Darul Mulkan

Buat pembaca sekalian kepada mereka yang mempunyai rezeki yg berlebihan ataupun yg ingin bersedekah, berzakat atau mewakaf, Pihak pentabir Sekolah Rendah Bistari Darul Mulkan amat mengalu-alukan sumbangan dari Tuan/Puan sekalian. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank untuk Tabung Pembangunan Darul Mulkan No: 55801003659 Ust Jamnul Azizul Rahim Mulkan Hp No: 0195672088 dan Ust Jamnul Azhar Mulkan Hp No: 019 4152829 Dia adalah penceramah Ugama/Motivasi yg sering ke seluruh Malaysia.
E-Mail - ( darul_mulkan@yahoo.com.my /srbdm.webmaster@gmail.com -facebook)

Monday, January 25, 2010

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains


PDF Print E-mail
kajian.jpg Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat  mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL

Wednesday, January 13, 2010

Pengalaman di Tanah Palestine oleh Ust Dr Jamnul Azhar

Program pada hari Ahad 6 Sept 09 di mulakan selepas menunaikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat dan witir. Program oleh Dr Jamnul Azhar ini boleh di kira sbg program ulangan di Masjid Ridhuaniah, Kuala Kangsar. Mengisahkan pengalaman beliau di Tanah Palestine sbg sukarelawan perubatan.

Teman pun dah kali ke2 dengor , dulu beliau pernah dijemput dtg kat Masjid Nasyriah, Sitiawan. Dr Jamnul merayu kpd dermawan/hartawan utk menderma/sedeqah/infaq utk Palestine. Duit boleh di salurkan dlm acc beliau. Dia akan pi sana lagi selepas 2 minggu Hari raya puasa. Nanti teman akan paparkan detailnya

Kepada sesiapa yg berhajat utk berinfaq/sedeqah/derma kepada Hamas, Palestine. Dr Jamnul akan berangkat ke sana selepas hari raya nanti.



No acc Maybank:
1021 7504 1034

Hubungi : Ust Dr Jamnul Azhar 019-415 2829
email : jamnulm@yahoo.com


http://palestineku.blogspot.com/
http://palestineku.blogspot.com/
http://palestineku.blogspot.com/



Jemaah yg hadir di masjid mendengar kuliah beliau

Sebahagian dari gambar beliau semasa bertugas di Ghaza, Palestine

Pesakit yg dirawat/bedah oleh beliau - cedera di kaki
Bersama Pakar mata dari Russia, baru 5 tahun pelukIslam dtg ke Ghaza utk beramal. Cuma tahu bahasa Russia. Dia cuma boleh berbual dgn Dr Sheikh Muzafar (angkasawan Malaysia) dlm bahasa Russia.


Hadirin kusyuk mendengar

Mangsa2 kekejaman Israel










Muslimat yg hadir

Marilah kita sama2 menderma utk Palestine. Dr Jamnul Azhar akan hantar terus infaq/sedeqah saudara kepada wakil Hamas di sana.

Gambar2 di Palestine akan menyusul, ikhsan dari Dr Jamnul Azhar utk tatapan kita semua.

Seminar Isu-isu Semasa Tamadun Ummah Di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh Perak.


Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) telah berjaya menganjurkan Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah di Dewan Serbaguna Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak pada 17 Julai 2009 yang lalu.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah Bt Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena dengan Tilawah Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas pada 14 – 18 Julai 2009.







Antara objektif seminar tersebut ialah:-




i. Memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar Universiti terhadap isu-isu semasa yang utama sebagai persediaan menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka.


ii. Memberi pendedahan berkaitan pendekatan untuk berdakwah kepada sasaran selain dari orang Islam.


iii. Menjelaskan pendekatan dakwah yang lebih berkesan dalam era globalisasi.


iv. Menjalinkan kerjasama yang kukuh dan berterusan di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) serta IPTA/IPTS dalam program- program yang sesuai untuk golongan mahasiswa di IPTA dan IPTS.





Seminar tersebut telah dihadiri oleh seramai 350 orang peserta terdiri dari pensyarah- pensyarah Universiti di sekitar Ipoh, pelajar- pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Penjawat Awam di Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Agensi Kerajaan, Pertubuhan Dakwah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Guru-Guru Agama di Sekolah-sekolah Menengah dan Kolej- Kolej di sekitar Ipoh serta pegawai dan kakitangan masjid daerah Ipoh, Perak.





Seminar ini mengandungi tiga pembentangan kertas kerja seperti berikut:





i. Pembentangan kertas kerja pertama bertajuk “Al- Quran : Mukjizat Sepanjang Zaman” yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr Jamnul Azhar Mulkan, Pengamal perubatan & Penceramah.




ii. Pembentangan Kertas Kerja kedua bertajuk “Gerakan Pemikiran Aliran Baru Masakini Dan Cabarannya kepada Ummah” yang disampaikan oleh Us. (Dr) Uthman el-Muhammady dari International Institut of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).




iii. Pembentangan Kertas Kerja ketiga bertajuk “Dakwah Effektif: Pengalaman Aktivis” yang disampaikan oleh Sdr. Ann Wan Seng dari MACMA Pusat.





Keseluruhan peserta telah memberi komitmen yang baik dan mengajukan pelbagai pandangan, isu serta masalah yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak. Peserta juga berterima kasih kepada penganjur dan meminta agar program yang serupa dirancang setiap tahun.





Dr Jamnul Azhar Mulkan ketika menyampaikan pembentangan kertas kerja bertajuk “Al- Quran : Mukjizat Sepanjang Zaman”.



Seramai 350 orang peserta seminar yang tekun mengikuti dan mendengar pembentangan.



Sebahagian peserta yang hadir.







Y.Bhg. Tn Hj Othman bin Mustapha ketika menyampaikan cenderahati kepada Y.B. Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim




Tajuk: Penyakit berjangkit

Assalamualaikum wbh...

Syarahan oleh Ustadz Dr Hj Jamnul Azhar lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir
dalam bidang agama dan kedoktoran.
Tajuk syarahan yg diberi ialah :

Penyakit Berjangkit, Bala dari Allah atau dari kerosakan manusia.

Jadi pada permulaan syarahan dia memberi kesimpulan bahawa setiap
penyakit itu datangnya dari Allah, tetapi manusia ada menyumbangkan
faktor-faktor kepada penyakit-penyakit yang sedia ada. Kita sebagai manusia telah
dipertanggungjawabkan ke atas kesihatan badan kita, maka kita haruslah
berusaha supaya diri kita dalam keadaan sihat agar dapat beribadat kepada Allah.

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yg maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada
kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan kita
dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan
kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8
dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.


Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-


1.Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? mengikut cara Rasulullah
s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah akan mengambil sedikit garam
menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasulullah akan menghisap
garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.


Mengapa?


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi
konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah
kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yg dapat menolong
proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan
kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air
mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi
(tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.


Kenapa garam?


Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar
yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the
first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang
ingin menggangu manusia.


Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.


Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana
bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah, apabila Basmalah dibaca
maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.


Cara Rasulullah minum


1. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh
yang menghampiri kepada haram.
2. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang
kita minum.Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita
akan meneguk air dan dalam proses minum tu, kita tentu akan bernafas dan
menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita
akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yg apabila bercampur dgn air
H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dgn cuka, menyebabkan minuman itu
menjadi acidic.
3. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama di atas.Cara minum,
seteguk, bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yang sudah berkahwin yang berzina?


Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibodi yang
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang,
berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkawin
dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah
berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana
antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami
isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkawin didapati salah kerana
zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibodi yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di
badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki
itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan
10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati
agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.


Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi
yang diberikan oleh Mudaris ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'abah.


Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat
persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya
Ka'abah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi ini. .


Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yg bergerak
maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada di atas setelah
ia memijakmijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan
kebenaran keempat-empat Imam tersebut.


Sekian buat renungan bersama,


Fi amanillah
Jazakallah Khairan Kathiran.

Ahmad Fetri Yahya Dalam Rumah Kecil Tiang Seribu di Aidilfitri

RUMAH KECIL TIANG SERIBU padat dengan inspirasi dan ibrah

Suasana kemeriahan dan kesibukkan persediaan menjelang sambutan Syawal semakin terasa. Sudah menjadi tradisi, tahun ini TV3 turut tidak ketinggalan untuk menyajikan program-program Raya menarik, sajian khas untuk para penonton setianya.






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selain dari filem, muzikal, komedi drama, TV3 turut memaparkan dokumentari-dokumentari sempena Hari Raya. “Rumah Kecil Tiang Seribu” merupakan salah satu dari dokumentari istimewa yang bakal disiarkan pada hari raya ke-5, sesuai untuk santapan rohani dan jiwa terutama sekali di bulan Syawal.

Rumah Kecil Tiang Seribu menampilkan pengacara bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fetri Yahya yang bertindak sebagai penerbit rancangan dan juga pengantara program ini. Program selama 30-minit ini akan membawa penonton mengikuti kisah yang dipaparkan melalui perspektif beliau sendiri yang telah berkunjung dan meluangkan masa bersama-sama sukarelawan perubatan yang juga penceramah bebas, Dr. Jamnul Azhar Mulkan untuk mencungkil keunikkan di sebalik kisah keluarga beliau dan keistimewaan Sekolah Rendah Bestari Darul Mulkan.






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Soroti pengalaman Ahmad Fetri di dalam rancangan khas Syawal ini pada 24 September, raya ke-5, jam 1.00 petang di TV3.

Berikut adalah coretan/nukilan Ahmad Fetri tentang pengalaman beliau sepanjang proses penggambaran ”Rumah Kecil Tiang Seribu”:

Rumah Kecil Tiang Seribu

Rumah Besar Tiang Sebatang

Peribahasa Melayu sememangnya indah dan kaya makna tersirat. Pandangan orang dahulu kala terhadap alam dan dunia keliling menghantar makna yang besar kepada mereka. Dari tafsiran itu, tercipta kiasan dan perlambangan yang ada kaitan dengan nota hidup manusia..

Ketika saya membuat tugasan di Darfur, Sudan dua tahun lalu, saya bersama-sama dengan seorang sukarelawan perubatan yang juga penceramah bebas- Dr Jamnul Azhar Mulkan. Beliau yang begitu fasih berbahasa Arab, membacakan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Darfur.

Ketinggian ilmu dalam bidang agama dan komitmen beliau yang cemerlang dalam bidang kesukarelawanan melayakkan beliau dianugerahkan Tokoh Perubatan Ibnu Sina oleh Universiti Malaya baru-baru ini.

Ketika berbual-bual dengan beliau, terpacullah kisah adik-beradiknya yang seramai 13 orang. Kesemua mereka mempunyai pangkal nama yang sama- JAMNUL. Jamnul dalam bahasa Arab bermaksud ‘permata’. Seorang anak perempuan, Jamnul Azizah, meninggal ketika kecil.

Permata bukan sebarang permata. 9 orang anak kepada Hj Mulkan Mohamad dan Hjh Jamiah Alias ini sudah menamatkan pengajian di Universiti Al Azhar Mesir dan Universiti Mu’tah Jordan dan 3 yang lain masih menuntut di Universiti Al Azhar. Seorang anak perempuan, Jamnul Azizah, meninggal ketika kecil.

Dr Jamnul Azhar adalah anak sulung. Adik-beradiknya yang lain ialah Jamnul Azlin, Jamnul Azmin, Jamnul Aziah, Jamnul Azman, Jamnul Azazi, Jamnul Azizul Rahim, Jamnul Azua, Jamnul Azamimah, Jamnul Abdul Rahman, Jamnul Azlan dan Jamnul Azam. Jamnul Azmin meninggal dunia 7 tahun lalu dalam kemalangan jalan raya. Pemergiannya mengiringi Jamnul Aziah dan ayahandanya, Hj Mulkan yang meninggal pada tahun 1999.

Hj Mulkan seorang pesara guru. Sama seperti isterinya, Hjh Jamiah. Cinta mereka terhadap ilmu dan agama sangat tinggi. Seluruh harta Hj Mulkan telah digunakan untuk menampung pengajian anak-anaknya yang belajar agama di luar negara.



Tidak cukup dengan itu, arwah juga telah menubuhkan Sekolah Rendah Bestari Darul Mulkan, Kuala Sepetang untuk mengajar sendiri anak-anak dan cucu-cucunya tentang ilmu agama. Bermula dengan didikan untuk anak sendiri, penduduk sekitar mula tertarik dengan konsep yang dibawakan Hj Mulkan. Beliau ingin melahirkan anak bangsa yang kukuh pegangan agama berteraskan Al Quran. Sekurang-kurangnya mereka menyumbang sesutau kepada masyarakat saat ancaman hedonisme makin menghimpit dengan cabaran yang pelbagai.


Sekolah ini yang ditubuhkan pada 1987 begitu daif. Segala-galanya dibelanjakan menggunakan wang gajinya sendiri. Banyak juga harta terpaksa dijual untuk merealisasikan impian murni ini. Ia tidak langsung bermotifkan keuntungan. Jauh sekali menyisih diri dari pendidikan arus perdana. Biarlah pelbagai cercaan dan tanggapan orang, niat kerana Allah melebihi segalanya. Doanya hanya satu- mengharapkan Allah meredhai hasrat untuk membentuk insan bertaqwa yang seimbang dunia akhirat. Inilah ‘jihad’ yang diperjuangkan menggunaknan medan ilmu.

Berpuluh tahun berlalu, SRB Darul Mulkan berhasil melahirkan pelajar cemerlang pelbagai bidang. Anak-anak Hj Mulkan yang telah tamat pengajian di Universiti Al Azhar dan Universiti Mu’tah Jordan akan transit di sini sebagai guru agama. Maka, tawaran gaji mewah bekerja dengan kerajaan dan syarikat lain ditolak ketepi demi memenuhi ‘wasiat’ ayah tercinta yang mahukan mereka berjuang dan berbakti di SRB Darul Mulkan.

Dr Jamnul Azhar yang memiliki tiga rangkaian klinik, menggunakan sumber kewangan dari kliniknya itu untuk membayar gaji adik-adiknya dan pekerja yang lain di situ. Gaji mereka kecil dan kebanyakannya berkhidmat dengan sukarela termasuklah petugas kantin. Mereka ‘melabur’ untuk akhirat yang abadi.

Saya sendiri teruja dengan ‘JAMNUL’ ini. Semuanya berlidah fasih berbicara bahasa Arab, berhujah dengan hadis, memberi ceramah agama di merata tempat dan mengimamkan solat. Peribadi mereka juga mulia dan saling sayang dalam satu keluarga besar. Hjh Jamiah kini tenang bersama anak dan menantu serta cucu seramai 38 orang.

Terbukti, mereka yang berjuang di jalan Allah, akan dibantuNya. Usaha keras puluhan tahun dahulu mula menampakkan hasil. SRB Darul Mulkan yang serba sederhana tetapi tetap bernyawa dan bergelora untuk melahirkan insan mukmin yang teguh dibawah naungan Al Quran dan As Sunnah.

Saksikan cerita lanjut di TV3 nanti… Moga kita mendapat inspirasi dan ibrah untuk mendidik jiwa dan rohani. InsyaAllah

Kepada yang ingin menyumbang untuk SRB Darul Mulkan:

No akaun Maybank: 558051003659


Ustaz Jamnul Azizul: 019 5672088


Tags: Ahmad Fedtri Yahya, TV3